"SAHABAT" DAT Sesi Disember 2012

palydat12f's  album on Photobucket

IKON


DATO SITI NURHALIZA BINTI TARUDIN


Ikon Seni negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh dan dibesarkan di Kuala Lipis,Pahang ini telah menempa pelbagai kejayaan seni yang bukan calang-calang pada usia muda. Meskipun bidang seni suara bukanlah arena baru bagi beliau, namun, gemerlap bintang seninya hanya benar-benar digilap dan dikesan ketika menyertai pertandingan Bintang HMI pada 1995.

Sehingga ke detik ini, anak keempat daripada tujuh adik-beradik ini telah meraih lebih 200 anugerah dari dalam dan luar negara selama hampir 18 tahun dalam bidang seni. Beliau juga telah mempunyai lebih 20 buah album iaitu dalam konsep pop, tradisional, kerohanian, duet, album koleksi rakaman konsert serta album Inggeris.

Beliau juga sering terpilih untuk menyanyikan lagu tema bagi telemovie dan juga filem serta lagu-lagu bertujuan mempromosikan sesuatu produk, perkhidmatan, program atau acara.

Mercu-mercu kejayaan beliau telah melayakkan nama beliau termaktub dalam "The Malaysia Book Of Records" sebanyak dua kali. Beliau juga telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Sultan Pahang.

Beliau juga telah menempa kejayaan tersendiri apabila berjaya mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada tahun 2005. Beliau juga telah mengadakan beberapa siri konsert solo selepas itu dan pada tahun 2004, Dato’ Siti menjelajah 13 buah negeri dengan Konsert Fantasia Tour. Beliau juga turut mengadakan konsert jelajah di Indonesia, selain muncul dalam konsert solo di Singapura dan Brunei.
Hampir separuh hayatnya diperuntukkan untuk kerjaya selain menceburi pelbagai temasya kemasyarakatan – antaranya pernah menjadi Duta Muhibbah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Duta Tabung Sepenuh Hati JUSCO. Beliau dan juga suaminya kini telah menubuhkan Yayasan NurJiwa yang bertujuan untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Beliau kini bukan sahaja bergelar artis ternama tetapi berusaha membina empayar dalam bidang perniagaan dengan penubuhan 5 buah syarikat miliknya yang diuruskan bersama keluarga iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd, Siti Nurhaliza Collections Sdn.Bhd. dan Siti Nurhaliza Marketing Sdn.Bhd. Beliau juga pernah mengeluarkan produknya sendiri yang bernama CTea. Selain itu pada tahun 2006, dua syarikat ditubuhkan iaitu Siti Sound Sdn.Bhd dan SN Mobile Digital Sdn.Bhd. Kini beliau melebarkan kerjayanya sebagai usahawan dengan memiliki jenama produk kecantikan sendiri iaitu SimplySiti yang mula dipasarkan pada Mac 2010.

Kini Dato’ Siti Nurhaliza sekali lagi dipilih untuk menjadi salah seorang ‘Inspirer’ di dalam AF 2013 dan akan bergading bahu bersama Melly Goeslaw dan Faizal Tahir untuk menerajui AF 2013 kali ini.

Kenapa Dato Siti Nurhaliza dipilih menjadi IKON DAT Sesi Disember 2012?
Dato Siti Nurhaliza mempunyai kesungguhan dalam bidang yang diceburuinya. Oleh itu, setiap student DAT perlu juga mempunyai kseungguhan dalam menuntut ilmu.

Apakah ciri-ciri Dato Siti yang boleh diambil sebagai IKON Akademik?
1. Kesungguhan
2. Rajin Membaca
3. Tidak Putus Asa
4. Kuat Beribadat
5. Sentiasa Melakukan Perubahan
6. Utamakan Pelajaran Dari Karier

No comments:

Post a Comment

Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)

Selamat Datang :
No.KP:
Katalaluan / No. Pend:

Makluman: Pelajar adalah diminta untuk menggunakan No.KP dan No.Pendaftaran untuk login ke portal ini. Bagi para pensyarah/staf, sila gunakan no.kpb dan katalaluan masing-masing. Sebarang masalah, sila majukan kepada administrator.
© Copyright : Politeknik Kota Bharu, Kelantan

Translate

Lagu PTSB